Random acts of kindness to complete stranger


As I was scrolling Facebook today, I found this and it touched my heart.

45 random acts of kindness to complete stranger.

Dan ini pula cerita aku.

Pada suatu malam, masa oncall A&E @ HRPB. 

Alhamdulillah, malam yang sangat terisi. Bukan sahaja dapat observe malah banyak juga procedure yang boleh assist. Dan antara pengalaman baru malam tu adalah, dapat naik ambulance *not as a patient*. HAHA

Lama juga kami stay di A&E malam tu, sedar tak sedar dah pukul 3 pagi. Waktu itulah baru perasan, kunci motor hilang. Ya Allah perasaan time tu -- gelabah gila. Tapi cuba stay calm and cuba ingat balik dekat mana letak / tercicir. Dalam hati "rasanya, aku tak ambil kunci tadi".

Tapi bila pergi periksa dekat motor tak ada la pulak.

Puas mencari satu hospital. Habis semua guard di tanya, pondok polis pun dah pergi tapi kecewa. Istighfar kejap.

Dah pasrah dah. Memang kalau tak jumpa dah siap sedia nak call parent dah suruh hantar kunci spare. Tiba-tiba sapa pakcik guard ni "dah jumpa ke? Kalau belum cuba tanya pakcik guard yang depan sekali".

Itulah harapan terakhir aku. Memandangkan habis semua guard aku dah tanya malam tu. Alhamdulillah memang dia simpan. Katanya, aku tinggal di motor dan dia simpankan sebab dia perasan waktu meronda.

Waktu aku sampai nak tanya dia sedang tidur.

Maka terdetiklah dalam hati, untuk beli satu tin coffee untuk dia. Dan semoga coffee itu dapat membantu dia untuk kekal segar sepanjang malam.

***
Kesimpulannya, kita tak perlu kenal seseorang itu pun kalau nak buat baik.

Mana tahu dengan satu kebaikkan yang kita lakukan, orang tersebut akan membawa 10 lagi kebaikkan kepada mereka yang lain?

4 comments :

  1. Seriously, saya suka entry nie =D
    Ya, buat baiklah dgn sesiapapun.. In shaa Allah =D

    ReplyDelete
  2. Seronok rasanya bila dapat tolong orang kan tak kisah la stranger atau kawan sendiri :)

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan comment yaww!
*Klik 'notify me' kalau nak tahu aku balas ke tak. Hee