Alhamdulillah Third Year MBBS.

“Don't spend time beating on a wall, hoping to transform it into a door. ”

Alhamdulillah, akhirnya masuk jugak third year MBBS. Sudah hampir separuh perjalanan aku bergelar seorang doktor, dan moga ini adalah yang terbaik.


Kita merancang, Allah yang menentukan. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang.

Dewasakah Kita

"Love is that condition in which the happiness of another person is essential to your own"

Semakin dewasa kita, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Semoga semuanya segera siapkan diri.

Hidup Hanya Sekali

Kita hidup hanya sekali.

Oleh itu ingat, pengalaman itu kita tak boleh bayangkan, tapi kita perlu alaminya sendiri.
Enjoy fellas.

#ThirdYearMBBSAkuDatang

Anugerah Ikon Varsiti BH 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurniaNya, rezeki aku pada tahun 2013 ini melimpah ruah. Alhamdulillah sekali lagi.

Pada awalnya, aku just join je pertandingan ini. Kemudian diberitahu telah di short listed.

Then, apabila pergi ke press conference di putrajaya, diberitahu bahawa pertandingan ini akan di judge based on 10% online voting, 10% newspaper voting and the rest to the judges.

Nak dijadikan cerita, link untuk undian online tuh, sehari sebelum undian tutup baru aku jumpa.
Paper tak payah cakap lah, sape je yang nak beli, vote and pos kan?
Except ayah aku. Terharu jugak bila tahu ni dari kakak aku.

So, aku pun tak berapa yakin nak menang. Sebab aku ingat markah dari judges tu, dorang akan datang on spot untuk interview, tengok kawasan etc2, rupa-rupanya dorang just judge based on portfolio yang dihantar awal-awal. Memang berserah je lah.

Tapi rezeki tu tak kemana, alhamdulillah di majlis penyampaian hadiah di Hotel Everly, Putrajaya, aku diumumkan sebagai pemenang hadiah utama mewakil UniKL RCMP sekaligus UniKL lain lah yee.

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang support, doa dan yang vote. Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang sudi hadir pada hari peyampaian hadiah tersebut (Parents, hem, wakil canselori, En. Rizal MFI, kawan-kawan, dan buddy).