Random acts of kindness to complete stranger


As I was scrolling Facebook today, I found this and it touched my heart.

45 random acts of kindness to complete stranger.

Dan ini pula cerita aku.

Pada suatu malam, masa oncall A&E @ HRPB. 

Alhamdulillah, malam yang sangat terisi. Bukan sahaja dapat observe malah banyak juga procedure yang boleh assist. Dan antara pengalaman baru malam tu adalah, dapat naik ambulance *not as a patient*. HAHA

Lama juga kami stay di A&E malam tu, sedar tak sedar dah pukul 3 pagi. Waktu itulah baru perasan, kunci motor hilang. Ya Allah perasaan time tu -- gelabah gila. Tapi cuba stay calm and cuba ingat balik dekat mana letak / tercicir. Dalam hati "rasanya, aku tak ambil kunci tadi".

Tapi bila pergi periksa dekat motor tak ada la pulak.

Puas mencari satu hospital. Habis semua guard di tanya, pondok polis pun dah pergi tapi kecewa. Istighfar kejap.

Dah pasrah dah. Memang kalau tak jumpa dah siap sedia nak call parent dah suruh hantar kunci spare. Tiba-tiba sapa pakcik guard ni "dah jumpa ke? Kalau belum cuba tanya pakcik guard yang depan sekali".

Itulah harapan terakhir aku. Memandangkan habis semua guard aku dah tanya malam tu. Alhamdulillah memang dia simpan. Katanya, aku tinggal di motor dan dia simpankan sebab dia perasan waktu meronda.

Waktu aku sampai nak tanya dia sedang tidur.

Maka terdetiklah dalam hati, untuk beli satu tin coffee untuk dia. Dan semoga coffee itu dapat membantu dia untuk kekal segar sepanjang malam.

***
Kesimpulannya, kita tak perlu kenal seseorang itu pun kalau nak buat baik.

Mana tahu dengan satu kebaikkan yang kita lakukan, orang tersebut akan membawa 10 lagi kebaikkan kepada mereka yang lain?

SA Creative Instagram Photo CONTEST

SA Giveaway!

Sungguh. Lama juga aku tak buat GA. Tengah kemas barang, ternampak souvenir-souvenir yang aku beli dari Thailand, banyak lagi lebih rupanya. Jadi nak buat GA lah dekat korang semua.

Terma dan syarat-syaratnya:
- Follow @shamirulofficial di instagram dan di blog ini
- Tangkap gambar creative anda dan upload di instagram menggunakan hashtag #SAGiveAway dan tag @shamirulofficial
- Tag 5 orang rakan anda yang lain di instagram
- Buat satu entry berkenaan contest ini di blog anda dan tag lagi 5 orang.
- Maklumkan juga mengenai penyertaan anda di ruangan komen post ini (sertakan link entry)

Tarikh tutup penyertaan:
30 November 2014

Hadiah:
1x Bookmark Thailand
1x Keychain Thailand
1x Keychain Sarawak
1x Tshirt (OsemDesign) *Untuk 4 peserta sahaja* -1s/1M/2L-

5 Pemenang akan di pilih berdasarkan gambar yang paling creative.



Pemenang akan di tayangkan gambarnya di instagram SA. :)

Sarawak Cultural Village

Throwback. 

Sarawak Cultural Village - WARP UniKL RCMP-UniMAS 2014

Kalau jalan-jalan @ holiday ke Sarawak, tempat ni WAJIB masukkan dalam travelling list korang tau. Tak lengkap kalau tak visit this cultural village.

Persembahan last tu paling enjoy above all. Hehe.
*If you know what I mean. Kalau tak kene pergi dulu la :)

Stay

Kadang,
Aku tak minta banyak,
Aku cuma minta untuk setia. Itu sahaja.

Sekian saja coretan saya malam ini.

Lokasi : Kellie's Castle - Ipoh Perak

Monkey Beach @ Pantai Duyung - Penang

Penang.

Tempat aku membesar.
Tanah tumpah darahku.

Tapi, selama 21 tahun tinggal dekat Penang, inilah kali pertamanya aku menjejak kaki ke Taman Negara, Pulau Pinang. Ber-jungle trekking di situ, semata-mata untuk mengisi masa terluang waktu cuti midsem hari tu.

Yang bestnya, tak pernah tahu wujudnya pulau-pulau dekat kawasan tu. Cantik-cantik pulak tu. Kemudian, ada pula santuary untuk penyu. Pergh! 21 Tahun kot aku hidup Penang.

Haha, pada yang tak pernah tahu or nak melawat Penang, this should be one in your list okay? Okay?

Ipoh, Perak!

Kellie's Castle, Batu Gajah - @shamirulofficial (instagram)
Perak.

Tempat di mana aku mengutip ilmu.
Belajar berdikari. 
Belajar tentang watak-watak manusia.

2 Tahun lagi, inshaAllah.
Kalau rezeki dan jodoh masih di Perak, mungkin akan meneruskan housemanship (HO) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (HRPB). Kalau ke Sabah/Sarawak ke sana lah kita. Kehendak Dia, kita kene percaya.

Ada lagi tak tempat best (tempat rekreasi / pelancongan) dekat Perak ni untuk lepak santai?